Padang Selangor F.C. B-23

Stadium

Rencana utama: Stadium UiTM

Pusat Latihan

Pusat Latihan Selangor FC, tempat latihan semasa Selangor U-23, dikongsi dengan pasukan utama Selangor

Kemudahan latihan tersebut terletak di Kompleks Sukan SUK, Seksyen 5, Shah Alam. Pusat latihan seluas 400,000 kaki persegi bernama Pusat Latihan Selangor FC (yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Latihan Selangor FA) itu dirasmikan oleh presiden kelab itu, Tengku Amir Shah dalam satu majlis yang dihadiri Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, penaja kelab, ahli Exco persatuan dan wakil media pada 24 Julai 2019. Kemudahan ini juga mempunyai kompleks pejabat untuk kakitangan pengurusan dan kakitangan teknikal, dua padang bersaiz FIFA, gimnasium, kawasan rawatan fisio, ruang rehat pemain, bilik persalinan, pantri, dsb.[8]

Vizione Holdings Berhad, rakan kongsi strategik kepada Selangor merupakan penyumbang terbesar kepada pembinaan kemudahan bernilai RM1.5 juta itu.[9]

Rujukan

WikiPedia: Selangor F.C. B-23 http://www.selangorpknsfc.com/v4/?cat=achv https://web.archive.org/web/20160927151606/http://... http://www.selangorpknsfc.com/v4/?cat=history https://www.rsssf.org/tablesm/malaycuphist.html https://web.archive.org/web/20161211003318/http://... http://www.fourfourtwo.com/my/news/pkns-get-endors... https://web.archive.org/web/20161221000359/http://... http://www.stadiumastro.com/blog/blog/2016/12/18/f... http://www.stadiumastro.com/ms/article/2016/04/25/... https://web.archive.org/web/20161221090308/http://...